Movie Goers: Cinta (Malay)

Trailer untuk filem ini rasanya dah sebulan lebih kat TV dan suratkhabar. Ada orang kata Cinta ialah filem Melayu yang ditunggu-tunggu tahun ini. Ada jugak orang kata Cinta ialah lambang kebangkitan filem Malaysia. Semua review kat paper kata Cinta ialah satu filem yang mampu menyentuh naluri kemanusiaan. Senang citer, semua orang kata Cinta filem yang best. Review jugak kater, Cinta ialah filem Malaysia pertama yang guna multiplot macam Love Actually. And due to the fact that I am a sucker of Love Actually (minat giler sampai ade kat dalam hard disk PC nih and ulang tengok for zillion times kot), I'm overly excited for Cinta.

Opps, plan tanak guna English untuk review Cinta. So kembali berbahasa Melayu. Kalau nak diceritakan tentang jalan cerita Cinta, sinematografi dan soundtracknya, anda boleh baca mende mende tu kat paper. Kan? Jadi apa lagi yang ada kt filem ni sampai sumer orang kate filem ni wajib tonton tahun ni? Ini sebabnya.

Since ever, dunia memang pandang ke Barat dalam sumer perkara. Okay, that's maybe a mistake historically (sbb bukan since ever pon) but hakikatnya, itulah realitinya sekarang ini. Hollywood menjadi pengeluar filem-filem hebat dunia, kerana mereka mampu memberikan yang terbaik dalam seni sesebuah filem itu, baik daripada kesan efek khas hinggalah kepada pelakon-pelakon yang hebat. Namun itu tidak bermakna dunia Timur (khasnya Asia) ketandusan karya-karya yang boleh dibanggakan. Filem-filem Asia mungkin tidak sehebat Hollywood daripada segi teknologi (CGI effects and so on), tapi filem Asia memang hebat apabila menyentuh aspek emosi.

Amat jarang jika diperhatikan dalam sesebuah filem Hollywood, scenes yang mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata setempayan. Tapi ia adalah perkara biasa bagi sebuah filem Asia. Bukan setakat filem, malah turut merangkumi semua produksi termasuk drama TV. Lihat sahaja semua karya-karya Asia. Contoh yang telah saya tonton dan minati termasuklah Korea (Taegukgi), Jepun (One Litre of Tears, Mukodono 2003 etc.), Indonesia (Tentang Dia etc.) dan banyak lagi. Ini belum masuk filem Hong Kong, Iran dan Bollywood. Cinta, as a matter of fact, juga tergolong dalam kategori ini.

Namun apa yang menarik tentang Cinta ialah, it looks, sounds and feels great. Sinematografinya menampilkan shot-shot yang terbaik. Nampak macam commercial raya Petronas and a music video at the same time. Selesai menonton Cinta, akan ada suatu perasaan di hati penonton untuk berkata dalam hati, "Cantiknya KL! Apsal selama nih rasa cam biasa je?". Yes, Cinta telah membangkitkan perasaan itu pada saya. Who needs London anyway, hehe!

Soundtrack, superb. Saya sangat teruja apabila mendengar lagu Anggun - Selamanya menjadi tabir untuk scene Dyan dikebumikan (spoiler ahead!), sebab I'm a die hard fan of Anggun. Ternyata pemilihan lagu yang dibuat sangat sangat bersesuaian untuk semua scene dalam filem ini. Two thumbs up.

Feeling. Hmmm. Apa nak citer lagi? Sumer feel ade. But scene yang bole buat anda menangis ialah scene hujan (masa tu lagu Cinta by Misha Omar and Jaclyn Victor) and scene Dyan baca puisi (eh puisi ke? cam doodles je) kt Dani at ward.

Apa lagi? Tak reti reti nak gi wayang tengok citer Melayu? Cinta finally at our cinemas brother, watch it with love.

0 comments:

top